Kalau kita perasan ramai di antara keluarga dan kawan-kawan kita yang kebanyakkan sudah menggunakan penapis air. Selain untuk mendapatkan air bersih dan jernih, ramai yang nak pakai kerana memudahkan kehidupan.
Apa kepentingan penapis udara?
1. Kualiti udara di rumah lebih
tercemar

Rujukan: https://www.andatechdistribution.com.au/blogs/news/indoor-air-quality-infographic
Menurut EPA (United States
Environmental Protection Agency), kualiti udara di dalam rumah adalah 5x lebih
tercemar berbanding udara di luar. Nak pula, kebanyakan kita menghabiskan masa
dirumah. Kalau kita bekerja sekalipun selalunya jam 8 malam sehingga 8 pagi
esoknya kita masih beradi dirumah, lebih kurang 12 jam wajib dirumah. Bagi suri
rumah, atau ejen yang kebanyakan bekerja dirumah, dengan keadaan semasa
pandemik ini. Lagi lah banyak masa yang dihabiskan dirumah. Ini menjadikan
keperluan menggunakanpenapis udara adalah satu keperluan.
2. Kesan buruk terhadap kesihatan
Kualiti udara dirumah yang tercemar
akan memberi kesan buruk pada kesihatan terutamanya kepada kesihatan paru-paru.
Penyakit seperti asma, COPD (Chronic obstructive pulmonary disease) dan kanser
paru-paru.
3. Trigger penyakit
Habuk, debunga dan partikel kecil
ini juga boleh menjadi trigger atau punca menjadikan sesuatu penyakit menjadi
lebih buruk. Contohnya penyakit selalu berkait dengan habuk ialah, asma,
resdung, eczema atau alahan terhadap habuk.
4. Bela kucing
Sekiranya ada yang membela binatang
peliharaan seperti kucing, boleh di pertimbangkan untuk menggunakan penapis
udara. Sedikit sebanyak akan membantu udara dirumah anda daripada tercemar
dengan bulu kucing yang akan mungkin menybabkan permulaan penyakit-penyakit
seperti alahan, resdung dan asma.
Jadi penapis udara yang mana terbaik
di pasaran?
Pelbagai jenama, pelbagai jenis
model penapis udara yang ada di pasaran yang boleh dipilih. Tetapi bagi fatin
kriteria yang paling penting sewaktu memilih penapis udara ialah pastikan
penapis udara tersebut mempunyai HEPA filter iaitu High Efficiency Particulate
Air filter. Di mana, hanya penapis yang boleh menapis sekurang-kurangnya
99.7% habuk, debunga, kulat, bakteria
dan apa-apa partikel udara bersaiz sekecil sekecil 0.3 mikron, baru lah penapis
tersebut boleh digelar sebagai HEPA filter.
Kalau tiada HEPA filter
bagi pendapat fatin tiada guna juga untuk kita keluarkan kos tetapi akhirnya
tiada standard untuk menapis udara. Kalau penapis air, boleh lah juga kita
kesan perubahan fizikal air tersebut. Contohnya air yang sebelum ini berkarat,
berwarna kekuningan. Selepas menggunakan penapis air akan bertukar menjadi
jernih. Untuk udara pula agak sukar, sebab utamanya udara memang tidak boleh
dilihat dengan mata kasar. Jadi kita perlu betul-betul selidik terlebih dahulu
jenis filter yang digunakan bagi sesuatu penapis udara.
Fatin kongsi artikel ini untuk membantu
anda untuk membuat pilihan “ Ciri-ciri penting yang patut ada pada penapis
udara”.

No comments:
Post a Comment