Follow Us @rekawebs

Monday, April 30, 2018

Basic H2 Shaklee Jimat dan Selamat

April 30, 2018 0 Comments

Assalamualaikum. Selamat petang. 

Petang yang damai ni, anak2 pun tidur. Jadi ciktikah nak share rutin baru bila mengemop lantai. Start tahun ni, ciktikah dah tukar bahan pencuci untuk mop lantai.

Dulu guna pencuci yang ada bahan kimia. Sekarang ciktikah guna yang lebih selamat dan organik.

Rupanya Basic H2 ni banyak sangat kegunaan dia selain mop lantai tau. Ciktikah selama ini guna untuk mengemop saja.

Jom tengok apa lagi Basic H2 boleh digunakan


⏺Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan. Caranya satu sudu basic h2 damasking kedalam sebaldi air dan sedia digunakann. Lantai tidak perlu dicuci semule kerana tidak melekit/licin.

⏺Mencuci dan membersihkan sliding door. Caranya ; satu sudu the basic h2 dicampur ke dalam sebaldi air dan lap. Tidak perlu dibilas.


⏺Mencuci dan membersihkan kelengkapan rumah seperti kipas / meja makan / meja kopi. Caranya ; satu sudu the basic h2 dicampur ke dalam sebaldi air dan lap. Tidak perlu dibilas.

⏺Membersihkan dakwat pen / kesan pensel pada perabot, lantai. Caranya titik 4-5 titik basic h2 ditempat terkena dakwat, gosokkan dan kemudian dibilas. 

⏺Mencuci dan membersihkan bilik mandi dan tandas. Caranya ; satu sudu the basic h2 dicampur ke dalam sebaldi air dan dimopkan/dilap. Permukaan tandas hendaklah diberus.

⏺Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak khususnya yang berminyak. Caranya ; satu sudu the basic h2 dicampur ke dalam sebaldi air dan lap permukaan berminyak.


⏺Membersihkan kesan kerak susu pada puting susu anak. Caranya ; Rendam semalam botol susu dan putingnyaa didalam air yang dicampur 1-3 titik basic h2. 


⏺Sebagai air mandian untuk melegakan kegatalan pada kulit seperti kesan eczema / miang selepas mandi laut / demam campak. Caranya ; 4-5 titik basic h2 dicampur kedalam segayung air dan kemudian gosok bahagian badan menggunakan span kemudian bilas. 

⏺Membersihkan lebihan pelekat atau gula-gula getah pada baju. Caranya ; 5 titik basic h2 dibahagian belakang baju yang terkena gula2 getah dan gosok hingga tertanggal.


⏺Membersihkan ayam, daging, sayur, buah daripada bahan awet. Caranya ; Rendam 5-10 minit ikan dengan air yang dicampur 5 titik basic h2.

⏺Mencuci dan membersihkan mee kuning, kuetiaw dan sebagai nya dari bahan awet. Caranya ; Rendam 5-10 minit mee kuning dengan air yang dicampur 2-3 titik basic h2.

⏺Ulser dan mulut berbau. Caranya ; 4-5 titik basic h2 dicampur segelas air dan kumur sekerap mungkin.


⏺Mencuci kasut sekolah.Caranya ; 3 titik basic h2 untuk separuh baldi air. Rendam semalaman dan cuci seperti biasa


Jimat kan. Sebotol untuk guna banyak benda. Ciktikah dah guna bahan organik untuk mop lantai sebab nadine suka merangkak dan masukkan jari dalam mulut

So bila guna pencuci organik, lebih selamat persekitaran untuk nadine. Takdelah risau sangat ciktikah.

Jom siapa berminat untuk dapatkan Basic H2 Shaklee boleh contact ciktikah. Harga special untuk semua reader ciktikah😍

Sunday, April 29, 2018

Masker Mudah Dengan ESP

April 29, 2018 0 Comments
Assalamualaikum. Selamat pagi.
Pagi ni ciktikah nak share pasal masker yang MUDAH dan EFEKTIF yang boleh dibuat dirumah sahaja. Sempena promosi ESP shaklee ni, mesti ramai yang tak tahu ESP boleh dijadikan masker jugak kan.

Selain dijadikan sebagai minuman berkhasiat untuk kecantikan dan kesihatan dalaman, ESP juga boleh digunakan sebagai masker
Antara kelebihan masker ESP adalah:
🌸 menyegar dan melempakan kulit wajah
🌸 memberikan kesan tona kulit sekata
🌸 mengecilkan liang pori-pori
🌸 mengurangkan kesan parut jerawat

Jom belajar cara membuat masker ESP!
1. Letakkan 1 sudu ESP ke dalam mangkuk
2. Kemudian hancurkan 1/2 biji Vitamin C

Ini rupa vitamin C yang telah ditumbuk hancur
3. Campurkan kedua-dua bahan tersebut. Tambahkan sedikit air sehingga membentuk seperti "paste"

Haa campurkan dengan ESP tadi.
4. Ratakan ke seluruh muka kecuali bahagian mata
5. Biarkan 10-20 min atau sehingga kering
6. Bilas dengan air dan lapkan muka
Boleh juga gunakan plain yogurt untuk gantikan vitamin C.

Serius kulit akan terasa lebih segar dan lebih bersih lepas amalkan masker ni tau😊
Ciktikah cadangkan untuk korang amalkan 3 kali seminggu untuk kesan terbaik.
Selamat mencuba! 😘