Follow Us @rekawebs

Sunday, December 5, 2021

December 05, 2021 0 Comments
Penting atau tidak guna penapis udara di dalam rumah?

 

Kalau kita perasan ramai di antara keluarga dan kawan-kawan kita yang kebanyakkan sudah menggunakan penapis air. Selain untuk mendapatkan air bersih dan jernih, ramai yang nak pakai kerana memudahkan kehidupan.

 Contohnya tak perlu nak masak air, bila nak guna terus ada. Tak perlu nak simpan air dengan botol-botol. Makin bersepah rumah dibuatnya. Kalau nak air sejuk, tak perlu dah nak simpan dalam peti ais. Kita pun banyak lagi barang nak di simpan dalam peti ais. Boleh dikatakan memang jelas kepentingan penapis air dalam kehidupan seharian kita.

 Tetapi bagaimana pula dengan penapis udara dan apa itu penapis udara?

 Penapis udara ialah peranti yang tugasnya untuk menapis segala pencemaran di udara termasuklah habuk, hama, debunga, asap dan gas-gas merbahaya. Sekaligus akan meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.

 

Apa kepentingan penapis udara?

 

1. Kualiti udara di rumah lebih tercemar

 

Timeline

Description automatically generated

Rujukan: https://www.andatechdistribution.com.au/blogs/news/indoor-air-quality-infographic

 

Menurut EPA (United States Environmental Protection Agency), kualiti udara di dalam rumah adalah 5x lebih tercemar berbanding udara di luar. Nak pula, kebanyakan kita menghabiskan masa dirumah. Kalau kita bekerja sekalipun selalunya jam 8 malam sehingga 8 pagi esoknya kita masih beradi dirumah, lebih kurang 12 jam wajib dirumah. Bagi suri rumah, atau ejen yang kebanyakan bekerja dirumah, dengan keadaan semasa pandemik ini. Lagi lah banyak masa yang dihabiskan dirumah. Ini menjadikan keperluan menggunakanpenapis udara adalah satu keperluan.

 

2.      Kesan buruk terhadap kesihatan

 

Kualiti udara dirumah yang tercemar akan memberi kesan buruk pada kesihatan terutamanya kepada kesihatan paru-paru. Penyakit seperti asma, COPD (Chronic obstructive pulmonary disease) dan kanser paru-paru.

 

3.      Trigger penyakit

 

Habuk, debunga dan partikel kecil ini juga boleh menjadi trigger atau punca menjadikan sesuatu penyakit menjadi lebih buruk. Contohnya penyakit selalu berkait dengan habuk ialah, asma, resdung, eczema atau alahan terhadap habuk.

 

4.      Bela kucing

Sekiranya ada yang membela binatang peliharaan seperti kucing, boleh di pertimbangkan untuk menggunakan penapis udara. Sedikit sebanyak akan membantu udara dirumah anda daripada tercemar dengan bulu kucing yang akan mungkin menybabkan permulaan penyakit-penyakit seperti  alahan,  resdung dan asma.

 

Jadi penapis udara yang mana terbaik di pasaran?

 

Pelbagai jenama, pelbagai jenis model penapis udara yang ada di pasaran yang boleh dipilih. Tetapi bagi fatin kriteria yang paling penting sewaktu memilih penapis udara ialah pastikan penapis udara tersebut mempunyai HEPA filter iaitu High Efficiency Particulate Air filter. Di mana, hanya penapis yang boleh menapis sekurang-kurangnya 99.7%  habuk, debunga, kulat, bakteria dan apa-apa partikel udara bersaiz sekecil sekecil 0.3 mikron, baru lah penapis tersebut boleh digelar sebagai HEPA filter.

 

Kalau tiada HEPA filter bagi pendapat fatin tiada guna juga untuk kita keluarkan kos tetapi akhirnya tiada standard untuk menapis udara. Kalau penapis air, boleh lah juga kita kesan perubahan fizikal air tersebut. Contohnya air yang sebelum ini berkarat, berwarna kekuningan. Selepas menggunakan penapis air akan bertukar menjadi jernih. Untuk udara pula agak sukar, sebab utamanya udara memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jadi kita perlu betul-betul selidik terlebih dahulu jenis filter yang digunakan bagi sesuatu penapis udara.

 

Fatin kongsi artikel ini untuk membantu anda untuk membuat pilihan “ Ciri-ciri penting yang patut ada pada penapis udara”.